Hey awak, sila follow ye, saya follow balik! Tengs .

Apr 2, 2011

Sanyum sanyum salalu

Orang kata jangan beria sangat, pasal takut nanti tak jadi pulak benda yang harap-harap sangat tu. Macam itu lah dulu masa mula-mula nak beli kereta. Abah aku kata, bulan depan keluar lah kereta, kita beli untuk akak. Aku lah tu ! Aku seronok aku suka tapi aku kemam-kemam kat mulut. Pasal aku tak mahu nanti aku juga kecewa main belakang rumah sorang-sorang. Tapi abah tunai janji, macam dia cakap.

Lepas satu-satu aku belajar juga kemam dalam-dalam, kuat-kuat kasi rapat tak mau tumpah terus dari mulut ni. Kecewa sakit lagi. Tapi sekarang ada satu perkara, nak kemam tak boleh, nak luah tak boleh, telan lagi tak boleh. Aku langsung tak reti nak deal macam mana dengan benda macam ni. Macam susah sangat ja.

Aku tak bagitau abah lagi. Rasa-rasa dia seronok tak?

Tapi siang-siang aku dah tahu, awan aku tak secerah awan kebanyakan orang. Bagi sesetengah benda, aku mengaku aku jauh lemahnya. Sedihnya nanti takkan terbanding.

Aku dah dapat rasa. Tapi, aku berharap pada keajaiban dari NYA.

No comments:

Post a Comment