Hey awak, sila follow ye, saya follow balik! Tengs .

Nov 23, 2010

Dinamik !

Aku tak mahu bercerita pasal topi-topiku, jangan meminta oke !
Mari tengok kasut sahaja:

1. Kasut biru laut.



Kalau yuna ada kasut biru laut masa buat persembahan menjerit-jerit hari tu , aku pun adalah ! Tapi aku taklah pakai nak pergi menyanyi . Cuma tampil ringkas , formal biasa kan? Tak payah nak berjoget pun, kalau tersilap joget, bahaya jawabnya.


2. Kasut kelabu


Masih cantik

Sampai hari ni aku selidik mana datangnya kasut kelabu ni ? aku cuba cari bukti dan maklumat pada resit-resit pembelianku, tapi tak ada juga. Macam detektif kan ? Ha ha ha . Tapi masih kabur ! huh .

3. Kasut perang , bukan berperang !

Hari tu bila aku pergi KLCC, aku nampak satu kasut perang, sama warnanya dengan rambut aku. Takkan tengok saja, mahu praktikal dengan warna rambut aku yang nyata kan ? Dah Rm 200 aku beli juga. Lasak dan sangat fleksibel aku guna duit ! Peduli apa kan? Itu lah aku, selalu sangat ambil mudah hal kewangan , bertubi nasihat pun berkesannya belum tentu !

4. Boot oren

Aku tak tahu macam mana nak terangkan betapa beraninya aku mengambil risiko dulu bila aku beli boot oren ! Tinggal saja lah !



5. Selipar merah jambu


Mintak maaf ya, terpaksa ambil gambar baru,
mahu tunjuk yang real punya, muntah pulakan ?


Kalau dah nama batak pink, mesti aku ada selipar merah jambu . Nampak lemah-lembut dan ikhlas kan? Ha ha ha. Mestilah, tolong prihatin dengan jawapan kamu semua ya.


6. Kasut tunggangan ungu



Paling aku suka, aku namakan kasut terakhir aku sebagai kasut tunggangan ungu. Tapi hari tu aku nampak si gila kuasa meronda belakang rumah aku , juga memakai kasut ungu ? Omaigod ! Kononnya berkepimpinan lah tu, pura-pura bertanggungjawab . Gila kuasa punya orang !

No comments:

Post a Comment