Hey awak, sila follow ye, saya follow balik! Tengs .

May 30, 2010

Kata aku itu bukan obses


Kenapa mahu jadi orang laen? Kenapa terlalu obses dengan apa yang tak sepatutnya kau obses? Kenapa terlalu beriya? Sudah besar ,punya akal yang matang kau gunalah sebaiknya. Jangan dilencongkan bukan dari sasaran.

Dunia ini banyak pilihan. Buka mata kau, buka minda kau. Guna kematangan minda. Dia itu bijak dia itu berjaya. Atau kau obses pada yang lain. Jangan kau terlalu teruja pada apa yang tidak sepatutnya kau teruja. Bukan tak boleh tapi, kau sebenarnya lebih hebat lagi dari apa yang kau obses.

Gunakan minda serta akal kau,jadikan obses itu sebagai satu sumber inspirasi. Kau akan bagus dan jauh lebih bagus dari apa yang ada.

No comments:

Post a Comment